Didik anak hormati ilmu untuk keberkatan

oleh Mohd Rizal Azman Rifin

SEJENAK mengenang satu kisah sebelum PKP diadakan dan senario peristiwa berikut adalah paparan buat pengajaran bersama, khususnya tatkala berada di rumah tangga sendiri. Kisahnya…

Pada hari minggu sekiranya tidak balik ke kampung, saya sekeluarga lebih suka berada di rumah sahaja.

Ketika itu saya mengambil peluang untuk mengisi masa dengan aktivti kegemaran iaitu bertani di sekitar laman rumah.



Manakala anak-anak pula saya berikan mereka tiga waktu secara berasingan iaitu sebelah pagi untuk membantu Umminya mengemas rumah dan bilik tidur masing-masing.

Di sebelah petang mereka diberikan izin untuk keluar bermain dengan rakan sebaya mereka di sekitar Kampus Politeknik Muadzam Shah(PMS) – tempat saya berkhidmat itu.

Namun aspek pembelajaran kendiri tidak pernah saya abaikan, sebaliknya saya khaskan waktu malam selepas solat Isyak bagi mereka mengulang kaji pelajaran ataupun menyiapkan homework yang guru mereka berikan.

Ingin saya kongsi pengalaman bagaimana keadaan dan sikap anak-anak saya terhadap aspek pengemasan bilik dan susunan buku akademik mereka dalam bilik.



Ini penting kerana kita sebagai ibu bapa wajib menegur dan membimbing mereka ke arah yang betul supaya dewasa nanti mereka akan memahami dan mengamalkan apa yang kita didik.

Pada suatu hari minggu, sebaik sahaja balik dari Pusat Islam PMS, saya secara tiba-tiba teringin untuk melihat apa keadaan dan apa yang anak-anak buat dalam bilik mereka.

Langkahan kaki terus menuju bilik putera sulung saya, Ahmad Fauwaz yang kini berada di tahun enam.

Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, terkedu saya sejenak apabila melihat buku teks berselerak atas lantai.



Demikian juga dengan Mushaf al-Quran bertindanan dengan bahan bacaan lain.

Ketika itu anak saya sedang menyiapkan latihan kerja rumah.

Dengan langkah perlahan saya teruskan langkah dan mendekati putera saya itu sambil memegang bahunya.

Imam As-Syafii juga mengingatkan kita dengan berpesan, “Sesiapa yang mempelajari ilmu dengan beradab, maka Allah akan mencurahkan keberkatan dalam ilmunya.”



Justeru, apa sahaja buku pelajaran apatah lagi Mushaf al-Quran wajib kita pelihara dan jaga dengan sempurna dan letakkannya di tempat sesuai.

Jangan lupa ajar dan didik juga kepada anak-anak kita supaya mereka mengerti bahawa menghormati ilmu itu adalah berkat.

Penulis adalah pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker