Bapa ‘binatang’ sanggup perkosa anak kandung habis berpantang (Video)

SEORANG lelaki direman tujuh hari mulai hari ini, selepas disyaki merogol anak kandungnya yang baharu habis berpantang selepas melahirkan bayi di rumah mereka di Utan Aji, Kangar, Perlis, bulan lalu.

Majistret Kamaliza Md Zain membenarkan permohonan berkenaan selepas suspek ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Polis semalam, menahan suspek berusia 54 tahun di tapak parkir Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Difahamkan, suspek turut mengugut mahu mencederakan bayi wanita berusia 20 tahun berkenaan jika permintaannya tidak dituruti.

Wanita berkenaan yang bimbang dengan ugutan itu terpaksa merelakan tindakan bapanya selain suami mangsa tidak berada di rumah mereka.

Mangsa bagaimanapun bertindak membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan perbuatan bapanya yang memaksa dia melakukan amang seksual.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker