Hannah Yeoh dipanggil ke Bukit Aman

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter, Yeoh memberitahu, beliau dipanggil ekoran ciapannya yang mempertikaikan status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

“Saya telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi keterangan bagi siasatan mengenai tweet ini.

“Sekarang ini, tanya soalan pun tak boleh. Sidang Parlimen bulan Mei juga tak diberi peluang tanya soalan. Roadmap ini hasil kerja kuat pentadbiran bawah PH @drwanazizah,” tulisnya.



Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan masa dan tarikh dipanggil memberikan keterangan.

Untuk rekod, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).Siti Zailah Mohd Yusoff telah menjelaskan pertikaian Yeoh tentang keterbukaannya dengan dasar sedia ada kerajaan Perikatan Nasiona.

Ia termasuk usaha melaksanakan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

Pelan tersebut dilancarkan pada 16 Januari 2020 oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Ia merangkumi tujuh objektif, 17 strategi dan 58 program dan sudah dirangka sepanjang pelaksanaannya dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu sehingga 2025.-MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker