Daroya Alwi Dijangka Keluar PKR

PETALING JAYA: ADUN Sementa, Dr. Daroyah Alwi yang dijadual membuat sidang media khas hari ini dijangka membuat pengumuman meninggalkan PKR.

Sumber memberitahu SuaraTV, pemimpin itu dikatakan kecewa dengan kepimpinan Anwar Ibrahim yang menyaksikan beberapa penyokong bekas timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali disingkirkan daripada parti berkenaan baru-baru ini.

“Beliau sudah tidak tahan dengan kerenah Anwar yang bertindak sewang-wenangnya dengan menyingkirkan mana-mana ahli yang dilihat ‘rapat’ dengan Azmin.

“Sesiapa sahaja yang dikatakan ‘orang Azmin’ akan dihukum secara mandatori tanpa melakukan sebarang proses, jadi ramai yang mula tawar hari dengan sikap kuku besi ini,” kata sumber yang rapat dengan parti itu.

Keputusan mahu meninggalkan PKR itu dijangka memberi kesan kepada sayap Wanita parti itu yang ketika ini dilihat sedikit tempang susulan keputusan parti menggantung Ketua Wanitanya, Haniza Mohd Talha sejak April lalu.

Walau bagaimanapun, pengamal media termasuk SuaraTV masih menunggu kenyataan rasmi dari Daroyah pada sidang media pukul 3 petang ini bagi mengesahkan berkenaan keputusan keluar parti itu atau sebaliknya.

SuaraTV juga turut difahamkan beberapa ahli di peringkat bahagian dan cawangan akan mengikut jejak Daroyah untuk keluar parti, seterusnya bakal memberi kesan terhadap parti itu di peringkat akar umbi.

Pada 5 Jun lalu, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @Jugah anak Muyang mengumumkan keluar parti disebabkan krisis dalaman Pakatan Harapan dan kejatuhan kerajaan gabungan itu.

Ia susulan selepas Ketua PKR Sarawak, Baru Bian meninggalkan parti pada Februari lalu.

Suara.TV

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker