Beza Tommy Thomas dengan Peguam Negara sekarang.

Oleh Ab Jalil Backer

Peguam Negara sebelum ini, Tommy Thomas hanyalah lantikan politik yang tiada pengalaman luas dalam bidang perundangan jenayah.

Antara tugas pertama beliau setelah menjadi Peguam Negara adalah menarik semula kes rasuah Lim Guan Eng. Berbelas kes membabitkan politik digugurkan begitu sahaja apabila beliau menjadi Peguam Negara.

Sebaliknya, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara dengan rekod pencapaian begitu panjang sebagai peguam yang mengendalikan kes sivil, jenayah dan salah guna kuasa.

Idrus telah melalui pengalaman sebagai pendakwaraya pejabat peguam negara dan Badan Pencegahan Rasuah (BPR – sebelum SPRM) , penasihat undang-undang kerajaan negeri, penasihat undang Suruhanjaya Pilihan Raya.

Beliau kemudian dilantik menjadi Hakim Mahkamah Sesyen, Tinggi, Rayuan dan akhir sekali mahakamh Persekutuan.

Justeru apabila beliau membuat keputusan menggugurkan mana-mana kes ia bukan sahaja mengambil kira kepentingan keadilan tetapi juga integriti beliau selama berdekad lamanya.

Peguam negara sebegini tidak mudah ditekan dengan dorongan politiik.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker