Kenapa Diskriminasi Rakyat

oleh Ab Jalil Backer

Saya bersetuju dengan minit surat oleh Tun Dr Mahathir menyokong penyahbekuan akaun Tan Sr Lim Soon Peng.

Saya telah menulis dalam Facebook pada Julai 2018 (https://www.facebook.com/1244194023/posts/10216801733056025/?d=n) dan Sinar Harian 28 Oktober 2019 (https://www.sinarharian.com.my/article/54326/KOLUMNIS/Kompaun-1MDB-satu-kezaliman-politik) mengenai tindakan SPRM dan Peguam Negara membekukan akaun-akaun yang dibayar oleh DS Najib Razak adalah satu kezaliman dan penganiayaan politik, bukannya isu keadilan.

Cuma yang dipertikaikan sekarang mengapa hanya Lim Soon Peng sahaja mendapat keistimewaan Tun Mahathir, Lim Guan Eng dan Peguam Negara?

Adakah kerana beliau mempunyai banyak wang untuk menyumbang kepada politik Pakatan Harapan?

Mahathir mempunyai kuasa dan pengaruh untuk berlaku adil kepada syarikat kecil, rakyat biasa, badan bukan kerajaan yang terjejas kerana akaun mereka dibekukan.

Namun beliau memilih untuk menolong Tan Sri ‘jutawan’ sahaja.

Demikianlah Mahathir kononnya pejuang rakyat.

Related Articles

One Comment

  1. tentang hal penyahbekuan akaun taikun cina ini aku tidak salahkan SPRM…shukri abdul hanya mengikut perintah, dia sedar dirinya cuma BARUA

    mahathir, lim guan eng & tommy thomas harus dipersalahkan dengan hukuman setimpal kerana telah menyalah-guna kuasa yang menyebabkan ketidakadilan berlaku kepada pihak2 lain dimana akaun mereka terus dibekukan atas dakwaan yang sama iaitu menerima sumbangan kewangan dari DS Najib yang kononnya telah diseleweng dari 1MDB

    adalah jelas-sejelasnya mereka bertiga ini tidak mengikut rule of law seperti yang mereka uar2kan, mereka bertiga ini ialah manusia munafik paling celaka atas muka bumi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker