Awas! Empat krisis dunia ini dikhuatiri jadi lebih buruk akibat COVID-19
KESAN penularan pandemik COVID-19 kepada kehidupan manusia sukar untuk dihitung.
Selain menyebabkan kematian dan kerugian besar kepada ekonomi, ia juga boleh menyebabkan krisis berkaitan kemanusiaan yang selama ini sudah wujud di dunia ini menjadi bertambah buruk.
Berikut adalah empat krisis yang dikhuatiri menjadi semakin rumit, susulan impak ancaman koronavirus yang dihadapi manusia sekarang ini.
Krisis kebuluran
Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) baru-baru ini ada memberi amaran supaya setiap negara memberi penekanan terhadap usaha memastikan rantaian bekalan makanan tidak terjejas.
Kebimbangan itu berdasarkan kepada penguncupan eknonomi dunia sebanyak 3 peratus pada tahun ini.
Sementara Laporan Global Mengenai Krisis Makanan 2020 pula menyatakan negara yang mempunyai masalah bekalan makanan akan berdepan dengan pilihan sukar, sama ada mahu menyelematkan nyawa rakyat daripada COVID-19 atau menyelamatkan nyawa rakyat daripada kebuluran.
Pengangguran
Dengan penguncupan ekonomi pada kadar 3 peratus, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kadar pengangguran global boleh mencecah sehingga 10.4 peratus tahun ini, berbanding hanya 3.7 peratus tahun lalu.
Pertubuhan Buruh Dunia (ILO) pula memberi peringatan pekerja sektor ekonomi akan menerima akibat yang paling parah akibat krisis ini.
Dianggarkan 2 billion orang bekerja dalam sektor ekonomi tidak formal di seluruh dunia.
Program vaksinasi
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada hujung Mac lalu mengeluarkan syor untuk menangguhkan semua langkah vaksinasi besar-besaran.
London School of Hygiene and Tropical Medicine umpamanya melaporkan beberapa negara Afrika umpamanya sudahpun melaporkan peningkatan dalam kes denggi, campak dan malaria kerana program vaksinasi bagi melawan penyakit berkenaan digantikan dengan usaha menentang COVID-19.
Kelahiran tidak dirancang
47 juta wanita di seluruh dunia mungkin akan hilang akses kepada alat pencegahan kehamilan jika lockdown diteruskan di seluruh dunia.
Ini boleh menyebabkan 7 juta kehamilan tidak dirancang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Awani
[VIDEO] 9 dikhuatiri lemas selepas kenderaan jatuh dari feri