36 kes baru Covid-19, tiada kematian
Sebanyak 36 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 40 kes semalam, menjadikan jumlah mangsa seramai 6,855 orang dengan 28 adalah bukan warganegara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada kematian dilaporkan menjadikan jumlah korban kekal 112 orang.
“Sebanyak 88 kes jangkitan pulih dan dibenarkan discaj menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 5,439 sehingga kini.
“Sementara itu jumlah yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 14 orang. Daripada jumlah itu 5 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media, hari ini.
Sehingga kini sebanyak 1,304 yang masih dirawat.
FMT
You must be logged in to post a comment.