PKPB dilanjutkan 4 minggu hingga 9 Jun

Perintah kawalan pergerakan bersyarat akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi sehingga 9 Jun ini.

Kawalan itu sepatutnya tamat pada 12 Mei ini.

Dalam perutusan khas hari ini, perdana menteri berkata langkah-langkah melawan Covid-19 masih perlu di sebalik pencapaian positif dalam perang melawan koronavirus.

Dengan pengumuman ini, semua tatacara operasi standard akan berkuatkuasa sehingga tarikh baru itu.

Katanya, sebarang perubahan pada SOP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklum akan pertindihan tempoh kawalan dengan sambutan perayaan ramai pihak, kerajaan berkata sekatan ke atas perjalanan antara negeri masih berkuatkuasa, namun ziarah dibenarkan dalam negeri dengan had 20 orang pada setiap masa.

Orang ramai dinasihatkan memakai topeng dan mengamalkan penjarakkan sosial, dan jangan terlalu rapat semasa berbual.

Majlis rumah terbuka dianggap tidak perlu, dan pihak berkuasa sedang perhalusi SOP untuk upacara keagamaan yang berkaitan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker