Keputusan sambung PKP diumumkan 2 atau 3 hari sebelum 12 Mei

Menteri Kanan (Keselamatan)

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

berkata keputusan untuk sambung atau tidak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 5 akan diumumkan 2 atau 3 hari sebelum 12 Mei ini.

Beliau berkata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba perlu menasihati kerajaan sama ada perlu sambung PKP atau tidak.

“Tunggulah pengumuman. Kementerian Kesihatan akan beri nasihat kepada kerajaan kerana Akta 342 di bawah Kementerian Kesihatan.

“Seperti biasa mungkin 2 atau 3 hari sebelum tamatnya satu PKP, kerajaan akan umumkan. Jadi kita tunggulah pengumuman. Saya tak tahu lagi,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP akan dilanjutkan sehingga 12 Mei.

Muhyiddin tidak menolak kemungkinan PKP akan dilanjutkan lagi selepas 12 Mei nanti dan kerajaan akan menilai data terkini Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya.

Pada 1 Mei lalu, Muhyiddin berkata sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP).

Antaranya, restoran dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan luar seperti badminton atau tenis di luar tanpa penonton, joging, mengayuh basikal, golf dan larian tidak lebih 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakkan sosial.

FMT

Malaysiakini putar belit sejarah peristiwa 13 Mei – DPP Perak

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker