68 kes baru Covid-19, tiada kematian

Share

Tiada korban baru Covid-19 dilaporkan hari ini, mengekalkan jumlah mangsa yang terkorban seramai 107 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 68 kes jangkitan baru menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,535 orang sehingga kini.

“Daripada kes baru itu, 4 kes import dilaporkan.

“Ketika ini, seramai 1,564 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 18 di unit rawatan rapi dengan 7 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Noor Hisham berkata 88 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 4,864 orang sehingga kini.

FMT

Leave a Reply