Google Sekat Semua Aplikasi Berunsurkan ‘Sugar Daddy’ Mulai 1 September

Google Sekat Semua Aplikasi Berunsurkan ‘Sugar Daddy’ Mulai 1 September

GOOGLE bakal menyekat sebarang aplikasi berunsurkan ‘Sugar Daddy’ dalam usaha mengekang kandungan seksual serta meningkatkan perlindungan terhadap pengguna di bawah umur bermula 1 September ini.

Ketika ini terdapat pelbagai aplikasi temu janji yang menawarkan ganjaran wang tunai dan pelbagai hadiah menarik untuk ‘memancing’ mangsa.

Google telah mengemas kini bahagian dasar kandungannya yang antara lain melarang sebarang kandungan seksual khususnya melibatkan tawaran hubungan seks dan ganjaran wang tunai.

Terdapat beberapa aplikasi temu janji ini telah dimuat turun sebanyak berjuta kali di Play Store.

Istilah “Sugar Daddy” digunakan untuk merujuk kepada hubungan di mana seorang lelaki menawarkan wang atau hadiah kepada seseorang yang lebih muda daripadanya dengan tujuan tertentu seperti hubungan seks.

Sugar Daddy

Google menjelaskan usaha menyekat aplikasi itu bagi mengekang aktiviti seks serta melindungi remaja bawah umur.

Sebelum ini, perkara itu tidak menjadi larangan di Google tetapi pelbagai platform semakin berusaha untuk mewujudkan persekitaran lebih selamat terutamanya dalam kalangan remaja bawah umur.

Langkah-langkah ini diambil oleh Google ketika undang-undang FOSTA-SESTA Trump 2018 semakin digunakan untuk mengambil tindakan terhadap platform yang mempromosikan pekerjaan seks dalam talian.

Undang-undang ini diwujudkan bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengendali laman web ke mahkamah atas kesalahan pemerdagangan seks dalam talian.

Ini termasuk dakwaan terhadap pengendali laman web yang membenarkan pekerja seks berinteraksi dengan pelanggan melalui platform mereka. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 25 tahun.

Google Sekat Semua Aplikasi Berunsurkan ‘Sugar Daddy’ Mulai 1 September


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukan Menyundal Tetapi Menemani, Wanita Ini Raih Ribuan Ringgit Jadi ‘Sugar Baby’ Di Singapura

‘Sugar Baby’ Dedah Pengalaman Bagaimana Beliau Terjebak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker