Kadir dakwa Muhyidin guna pandemik untuk perkukuh kedudukan.

‘PM ambil peluang dari Covid-19 untuk perkukuh kedudukan’

Muhyiddin Yassin telah mengambil peluang penuh daripada penyebaran wabak Covid-19 dan keadaan ekonomi semasa untuk memperkukuh kedudukan sebagai perdana Menteri, kata tokoh wartawan A Kadir Jasin.

“Dia (Muhyiddin) menggunakan pandemik ini sebagai alasan untuk menangguhkan sidang Dewan Rakyat dari 9 Mac kepada 18 Mei.

“Ini akan berikannya masa untuk mengumpulkan sokongan jika terdapat undi tidak percaya terhadapnya,” katanya.



Menulis dalam blognya, Kadir juga mendakwa perintah kawalan pergerakan (PKP) juga digunakan oleh Muhyiddin untuk memperkukuh kedudukan dalam Bersatu.

“Kesemua anggota parti, termasuk mesyuarat agung bahagian dan pemilihan kepimpinan ditangguhkan,” kata bekas penasihat media perdana menteri ketika era Dr Mahathir Mohamad itu.

Mahathir telah menang tanpa bertanding bagi jawatan pengerusi Bersatu manakala Muhyiddin itu akan mempertahankan jawatannya.

Kadir juga berkata tindakan Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri juga menguntungkannya.



“Sebaliknya dia melantik empat menteri kanan yang secara teorinya terhutang budi dengannya dan oleh itu tidak akan bergabung untuk mencabarnya,” kata Kadir.

Mkini

Related Articles

2 Comments

  1. Itu nama orang bijak, bukan macam Mahathir yang gunakan krisis untuk jatuhkan orang tapi akhirnya melepas. Negara ini memang perlukan orang bijak macam TS Muhyiddin mengambil kesempatan dan krisis secara positif, bukan macam Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Khalid dll yang jadikan Covid-19 dan Bantuan Prihatin menjatuhkan maruah diri sendiri dan menghalau pengundi2, menyebabkan rakyat makin meluat dan menyampah kepada mereka. Itulah sebabnya bila diberi peluang memerintah negara cuma boleh bertahan 22 bulan sebab kebodohan sendiri bergaduh dan berebut sesama sendiri. Ada pun gulongan yang dilantik oleh Mahathir kunun bijak pandai The Eminent Elders seperti kamu, tapi punya otak macam lembu dicucuk hidung, tak berguna langsung.

  2. sudah2 ler pak kadir…. jgn main politik….ko pertahankan atuk tu buat apa…atuk tu bukan ada tongkat ajaib lagi dah….x kan ko nak suruh atuk memerintah sampai mati….fikir lah sikit….kalau ko x nak tsmy….baik ko jer yg masuk calon…kalau ko tu pandai sngti

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker