Covid-19 : Penumpang MH2664 pada 26 Mac minta tampil hubungi pihak kesihatan · MYKMU.NET

Covid-19 : Penumpang MH2664 pada 26 Mac minta tampil hubungi pihak kesihatan

Share

Jabatan Penerangan Negeri Sabah memaklumkan semua individu penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada 26 Mac lalu untuk tampil menghubungi pihak kesihatan.

Menurut notis yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Tawau awal hari ini, penumpang khususnya yang duduk di barisan hingga 24 digesa untuk menghubungi bilik gerakan pusat respons Covid-19 dengan segera.

“Perhatian, semua penumpang penerbangan MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawai pada 26 Mac 2020, terutama mereka yang duduk di barisan 18 hingga 24.

“Tuan/ puan diminta untuk mengbungi Bilik Gerakan CPRC di Pejabat Kesihatan Tawau pada no tel +60-164729314 atau +60-198695855,” kata notis itu.

Pengumuman yang disiar di laman media sosial itu bagaimanapun tidak menyebut butiran terperinci lain.

Sementara itu, menurut laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Christina Rudi berkata notis berkenaan dikeluarkan dari masa ke semasa bagi menghubungi kontak kes positif Covid-19 supaya mereka datang menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

Beliau juga meminta orang awam supaya tidak panik dengan notis sebegitu..

Katanya, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan mereka yang terdedah kepada kes positif Covid-19 dapat dikesan lebih awal.

“JKNS amat menghargai usaha orang awam yang menghubungi Pejabat Kesihatan jika ada notis yang dimuat naik dalam laman sosial seperti facebook dan whatsapp oleh Pejabat Kesihatan,” katanya.

Setakat semalam, daerah Tawau merekodkan 70 kes positif Covid-19 dengan satu kes kematian.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah adalah 260 kes dengan tiga kematian direkodkan selain 103 kes pulih sepenuhnya.

Mkini

Leave a Reply