Kali ini ada penulis jemputan. Penulis istimewa ini aku impot khas dari Klate.
Di bawah ini aku perturunkan nukilan penulis jemputan ini yg amat kecewa dengan gelagat pimpinan tertinggi Parti Audiporschevellfirerangerover Se-Malaysia akhir-akhir ini.
Kekecewaannya itu dizahirkan melalui penulisan di bawah yg sedikit pun aku tak edit, kekal Ajinomotonya dan bahan-bahan asasnya.
Kisah ini rekaan semata-mata menurut si penulis, tiada kena mengena kepada yg masih hidup, yg dah mati dan yg setengah mati.
Kisah Lebai Hancing & Beruk Mat Yeh Berdrama Di Padang Merbok
Alkisah pada suatu hari Pak Lebai berhajat nak memberi sesikat pisang kpd seekor beruk yg berada di atas sepohon kayu yg rimbun di Padang Merbok. Pak Lebai dah memang lama mengetahui perangai beruk tu, kadang kala bole pegang, kadang kala ia liar2 sekali, dan kali ini beruk tu nampak mood baik sekali.
Rakan Pak Lebai yg ada sekali tidak jauh dari situ menasihatkan Pak Lebai agar jangan percaya dgn beruk tu, nampak je baik, tetapi masih lagi boleh menggigit. Pak Lebai angkuh dan yakin bahawa kali ini tidak, beruk ini sudah banyak berubah, sangat jinak, bole diusap-usap lg belakangnya, dulu ramai arwah rakan2 Pak Lebai dah berpesan jangan sekali2 percaya dgn beruk tu w/pun ia nampak baik sekalipun.
Namun begitu, kali ini lain sekali, amat lain sekali beruk ni, beruk tersebut memang melambai2 ke arah Pak Lebai supaya datang kepadanya. Pak Lebai nampak beruk tersebut sambil memegang setandan nyiur muda bersamanya utk diberikan kpd Pak Lebai sekeluarga, Pak Lebai merasakan inilah peluang yg baik utk mmberikan pisang tersebut disamping utk mengambil setandan nyiur muda itu.
Rakan2 Pak Lebai memberi amaran lg bahawa jangan mendekati beruk tu, kalau nak bg pisang pun gunakanlah kebijaksanaan melalui cara yg lain kalau2 beruk itu menyerang, buatlah sedikit persediaan. kan dulu dah banyak kali Pak Lebai dah kena gigit, kena kencing malah kena berak pun pernah dek beruk yg sama tu.. masih tak serik2 lg ke?
Pak Lebai percaya tak perlu mendengar nasihat rakan2 nya. Kamu semua jgn mengajar akulah, kamu semua menghalang aku utk berbuat baik utk mmberi makan pisang kpd beruk ni; kata Pak Lebai, kamu semua penentang trhadap kerja2 kbajikan…..
Rakan2 mnjawab, bukan kami menentang trhadap kbajikan, sbb kami nampak cara Pak Lebai mendekati beruk tu tanpa berhati2 langsung…..Pak Lebai mnjawab…kita bertawakkal kpd Allah.. Rakan2 mmberitahu…Ya kita brtawakal kpd Allah ttp tanpa sebarang ikhtiar dgn ketepikn kbijaksanaan bukakah itu ajaran agama kita!,…
Pak Lebai ujar bhw ssiapa yg mnafikan hasratnya utk brbuat baik kpd beruk itu rosak akidah… kita golongan Pak Lebai shj yg layak beroleh pahala dgn amalan ini, ssiapa selain golongan Lebai adalah tidak Islam…..
Pak Lebai berbisik dlm hatinya kita percaya kpd beruk ni kali ni, kalau dia gigit kita, tak apa, kita nak buat kebajikan utk beri makan pisang ni kpd ia juga, Beruk tu senyap2 melemparkn setandan nyiur muda itu dari atas pohon kayu kpd Pak lebai, lg Pak Lebai semakin yakin 100% beruk ni memang baik..sngt berbudi bahasa… Pak Lebai pun tanpa berhati2 mnghulurkn pisang kpd beruk trsebut…
Tiba2 kedengaran “Pak Lebai!!! Awas beruk menerkam tu!!!…. sepantas kilat beruk tu menerkam Pak Lebai… Pak Lebai tak sempat mngelak langsung terkaman beruk tu lalu tersungkur dterkam beruk yg kununnya baik tu…. trnyata Pak Lebai trkena sandiwara beruk lagi kali ini ……
Rakan2 berkata sambil mnghela nafas pjng… “kan kami dah bilang td jgn percaya kpd siberuk ni…tapi Pak Lebai tak nak dngar… Pak Lebai mula marah2 kpd rakan2 seraya berkata “jgn ketawakan dirinya…. Pak Lebai, rakan2 dan semua yg mnyaksikan peristiwa disitu semua memandang kearah beruk yg tersengih manggak di celah2 dahan pohon kayu itu sambil mimik muka simpati pun ada kpd Pak lebai… dalam suasana sedikit riuh itu tiba2 semua terbau ssuatu yg agak hancing diantara yg ada disitu… tiba2 rakan2 btanya kpd Pak Lebai….Apa ni Pak Lebai…basah2 didahi Pak Lebai ni??
Hah!…ini air kencing beruk tadi Pak Lebai…. nasib malanglah lg Pak Lebai kali ni… Pak Lebai masih tak nak mnerima hakikat dgn bralasan …Apalah sangat setakat kena kencing beruk ni…..Rakan2 mmbalas…Tetapi kotor & hancing Pak Lebai…. Pak Lebai berkeras lg bhw beruk tu yg akan mnanggung dosa krn mmpersendakan diri Pak Lebai ktika nak mnghulurkan pisang kpd ia….
Tpi Rakan2 Pak Lebai mnjawab……Pak Lebai yg tersangat percaya kpd beruk tu secara melulu dan mmbabi buta tanpa berhati2……dulu pernah digigit beruk yg sama pun tapi tak nak mngaku2 wpun bukti parut masih ada di merata badan Pak Lebai….dgn pisang2 Pak lebai dimakan habis oleh beruk itu..
You must be logged in to post a comment.