MKN syor perketat PKP: Banyak lagi tutup, had waktu operasi
Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan lebih banyak penutupan dan waktu operasi yang terhad untuk perniagaan dan perkhidmatan tertentu tetapi ini akan diperhalusi sebelum ia diumumkan secara rasmi dan dikuatkuasakan, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
“MKN cadangkan akan beberapa tempat ditutup atau menghadkan masa (operasi). Tapi, mungkin melibatkan kementerian lain. Tadi baru dibentangkan,” katanya.
Beliau memberitahu hal ini pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Covid-19.
“Contohnya, dari segi kilang industri banyak cadang untuk ditutup.Tapi pandangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu diperolehi.
“Begitu juga produk makanan, kita kata nak tanam sayur, keluarkan sayur. Tapi (untuk tanam sayur) kedai baja kena buka, racun kena buka, akhirnya teramai banyak kena buka.”
“Apa jua keputusan kita putuskan untuk kawalan lebih tegas, ia tidak terlalu menyusahkan orang ramai,” katanya.
Mkini