Muhyiddin mula tugas sebagai PM

Muhyiddin Yassin memulakan tugas sebagai perdana menteri ke-8 hari ini.

Beliau memasuki Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, tepat pukul 8.00 pagi bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai perdana menteri.

Muhyiddin disambut Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali ketika tiba di Perdana Putra sebelum dibawa ke aras 5, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.

Sebelum memasuki pejabat, Muhyiddin mengimbas kad perakam waktu dan mengaminkan bacaan doa.

Selepas memasuki pejabatnya, beliau menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Istana Negara semalam (1 Mac).

Sultan Abdullah bersetuju dengan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Pada hari pertamanya, Muhyiddin mempunyai jadual temujanji dengan Zuki, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Affendi Buang.

Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker