PKR Johor larang lantikan politik hadir program kerajaan negeri · MYKMU.NET

PKR Johor larang lantikan politik hadir program kerajaan negeri

Share

PKR Johor mengarahkan lantikan politiknya di negeri itu memboikot semua program anjuran kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno serta-merta.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse dalam kenyataan malam tadi berkata, lantikan politik itu membabitkan semua ahli majlis, ketua kampung dan masyarakat.

Katanya, arahan itu dikeluarkan kerana Pakatan Harapan bukan lagi kerajaan negeri.

“Kita tidak lagi menjadi kerajaan. Kita tidak akan terlibat dengan kerajaan baru yang melaksanakan dasar mereka,” katanya ketika dihubungi FMT.

Jumaat lalu, Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru, selepas Sultan Johor mengizinkan penubuhan gabungan baru yang terdiri daripada PPBM, Barisan Nasional dan Umno susulan perpecahan PH.

Gabungan baru itu mempunyai 28 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri Johor.

PH bagaimanapun mendakwa semua 28 Adunnya daripada DAP, Amanah dan PKR masih setia dengan gabungan itu, menjadikan kedudukan kerajaan negeri tergantung.

FMT

Leave a Reply