Kajian Terbaharu Lagi Temui Bukti COVID-19 Berasal Dari Pasar Di Wuhan

Kajian Terbaharu Lagi Temui Bukti COVID-19 Berasal Dari Pasar Di Wuhan

PENYELIDIKAN baharu menunjukkan pasar Wuhan di China adalah tempat asal wabak COVID-19, sekaligus melemahkan dakwaan bahawa virus itu berasal daripada makmal.

Lapor Newsweek.com, dua kajian baharu yang dikeluarkan pada Sabtu telah menyokong teori berkenaan.

Sebelum ini, dakwaan bahawa virus COVID-19 berasal daripada sebuah pasar basah di Wuhan telah lama menjadi teori utama komuniti saintifik namun ada yang menegaskan bahawa virus itu buatan manusia dan tesebar daripada makmal Institut Virologi Wuhan.

Salah satu kajian menggunakan analisis ruang menunjukkan bahawa kes COVID-19 terawal diketahui terletak berhampiran pasar.

Ia mendapati bahawa sampel positif virus itu terkait dengan vendor yang menjual haiwan hidup termasuk anjing rakun.

“Bersama-sama, analisis ini memberikan bukti positif kemunculan SARS-CoV-2 melalui perdagangan hidupan liar dan Pasar Huanan berkemungkinan menjadi pusat wabak COVID-19,” kata kajian itu.

Kajian lain turut menganalisis corak kepelbagaian genomik virus pada awal pandemik dan mendapati bahawa penyakit itu berkemungkinan ditularkan kepada orang daripada haiwan.

Michael Worobey yang merupakan pengarang bersama kedua-dua kajian itu menulis dalam akaun Twitter miliknya, beliau dan pasukannya mendapati bahawa kes pada bulan Disember adalah lebih hampir dan lebih tertumpu kepada Pasar Huanan.

Ramai pakar kesihatan termasuk Dr Anthony Fauci telah lama mempromosikan teori bahawa pasar berkenaan sebagai asalnya wabak.

Namun Fauci terbuka kepada penyiasatan mengenai asal-usulnya, sementara yang lain menyatakan teori kebocoran makmal sebagai muktamad sambil meminta penelitian yang lebih mendalam dan penyiasatan ke dalam makmal.

Laporan WHO tahun lalu mendapati virus itu mungkin berasal daripada sebuah pasar di Wuhan, tetapi pegawai pada masa itu enggan menolak sepenuhnya kemungkinan virus itu berasal daripada makmal.

Kerajaan China juga telah menafikan teori kebocoran virus di makmal dan turut menolak penyiasatan dilakukan oleh WHO-AA

Kajian Terbaharu Lagi Temui Bukti COVID-19 Berasal Dari Pasar Di Wuhan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker