Senarai artis bercerai 2023

Senarai artis bercerai 2023

TIADA pasangan yang berkahwin mahukan ia berakhir dengan perceraian. Namun, takdir Tuhan tiada siapa dapat menghalang.

Dalam industri hiburan, episod perceraian artis antara yang paling menjadi tumpuan peminat.

Antara yang menjadi tumpuan tahun ini ialah perceraian Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah Liyana dan Hafidz Roshdi dengan Nurul Syuhada.

Berikut antara pasangan selebriti yang bercerai tahun ini.

SHUK Sahar dan Rossa Sera.

Pada November tahun lalu, Rossa Sera mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuk Sahar yang didakwanya curang.

Mereka kemudian bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Mereka yang berkahwin pada 2015 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Fyna Jebat & Datuk Zainal Abidin Hassan

Pasangan dengan perbezaan usia 31 tahun ini berkahwin pada Januari tetapi hanya sempat melayari bahtera perkahwinan selama empat bulan apabila bercerai Mei lalu.

Rumah tangga Fyna yang juga penyanyi dilanda badai sejak awal perkahwinan kerana tidak mendapat restu isteri pertama bekas bintang bola sepak kebangsaan itu iaitu Datin Zalina Zaini.

Zainal mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan dikurniakan tiga anak.

Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof

Kisah pasangan ini menjadi kisah perceraian paling sensasi. Syamsul Yusof yang juga pelakon dan pengarah popular sah bercerai talak satu dengan Puteri Sarah Liyana yang juga pelakon pada 14 Jun lalu.

Kemelut rumah tangga mereka bermula sejak empat tahun lalu disebabkan perbalahan berpanjangan dan kewujudan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Perkahwinan mereka kemudian terus berantakan apabila Syamsul mendedahkan dia sudah bernikah lagi dengan Ira di Thailand, Januari lalu.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua anak, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Aziz M Osman & Puteri Lily

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pelakon, pengarah dan penerbit, Aziz M Osman yang dibina pada 6 Jun 2010 menemui penghujungnya pada awal Julai lalu.

Puteri Lily memaklumkan keputusan itu bukanlah disebabkan orang ketiga tetapi kerana jodoh tidak panjang.

Katanya, perceraian itu juga tidak menjejaskan hubungan mereka demi kebaikan anak-anak, Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan.

Afiq Muiz & Pachara Apin

Kemelut rumah tangga pelakon berusia 31 tahun ini menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu dengan isterinya pada 18 Julai lalu.

Perceraian itu dibuat tanpa sebarang tuntutan daripada Pachara, 32. Ini termasuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.

Afiq juga bersetuju menarik semua kes nusyuz yang difailkan pada 15 Jun di mana dia mendakwa isterinya berlaku curang. Pasangan ini berkahwin pada 2019 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Hafiz Roshdi & Nurul Syuhada

Pergolakan rumah tangga pasangan dihidu peminat selepas tularnya dakwaan bahawa Hafidz Roshdi, 29 menjalin hubungan dengan wanita lain.

Sebelum itu, Nurul Syuhada mendakwa Hafidz melafazkan cerai menerusi aplikasi WhatsApp pada 20 Januari lalu tetapi tidak diterima oleh mahkamah. Maka, mahkamah memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Datuk Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri

Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie memaklumkan berita perceraian dengan isterinya, Datin Nina Sabrina, yang juga anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi Instagram.

Jovian menjelaskan bahawa perpisahan mereka sejak Ogos lalu berlaku secara baik meskipun mereka sepatutnya meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-10 pada 11 Disember.

Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, 6.

Datuk ND Lala & Fauziah Sarman

Selepas 34 tahun hidup bersama, ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman mengesahkan suaminya, Datuk ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu.

Pada April lalu, Fauziah pernah mendedahkan wajah seorang wanita dikenali Siti Munirah Abd Ghani di Instagram dan mendakwa itu adalah ‘madunya’ sekali gus memaklumkan isteri kedua ND Lala.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1989 dan menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Shila, 33; Amir Syafiq, 30; Amir Syahir, 28 dan Nur Syuhada, 25.

Engku Emran & Noor Nabila

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Noor Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 September lalu.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata. Sementara itu, Nabila berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. HM

Senarai artis bercerai 2023

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker