Ranking FIFA terkini: Malaysia di tangga 140 dunia

PETALING JAYA – Selepas berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2022 baru-baru ini, Harimau Malaya telah mengumpul 1071.99 mata bagi rangking FIFA dan kini menghampiri kedudukan terbaik sejak 15 tahun lalu.

Selepas kemenangan terhadap Turkmenistan 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim semalam pasukan negara telah memastikan 5.27 mata menjadi milik anak buah Kim Pan-gon.

Mata tersebut sekaligus mengumpul mata keseluruhan terbaru sebanyak 1077.26 dan berada di ranking ke-140 memintas Burundi dan St Kitts and Nevis.



Perlawanan menentang Hong Kong pada 28 Mac ini bakal memberikan anjakan baru buat skuad negara dengan penambahan +4.9 mata jika berjaya menewaskan pasukan berkenaan.

Sekiranya Malaysia menang menentang Hong Kong, maka mata keseluruhan yang dikumpul sebelum kemas kini FIFA pada April ini adalah sebanyak 1082.16 sekaligus berada dikedudukan ke-139 dunia memintas negara dari Amerika Selatan, Suriname.

Kedudukan ke-139 dunia itu bakal menghampiri kedudukan terbaik negara pada tahun 2011 sejurus memenangi Piala AFF 2010 di mana Malaysia pernah menduduki tangga ke-138 FIFA sebelum kembali memperoleh unjuran kejatuhan sehingga ke tangga ke-178 pada 2018.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker