Penjawat awam di Melaka wajib baca Al-Fatihah sebelum mesyuarat

Penjawat awam di Melaka wajib baca Al-Fatihah sebelum mesyuarat

MELAKA – Setiap jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri diwajibkan melaksanakan empat perkara berkuasakuasa hari ini antaranya memulakan setiap mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.

Arahan itu dikeluarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dalam satu kenyataan di sini dan menurutnya ia selari dengan penghayatan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam selain memupuk rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.



“Setiap jabatan dan agensi kerajaan negeri diwajibkan memulakan setiap mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah dan memperdengarkan bacaan surah itu pada pukul 8 pagi, setiap hari bekerja iaitu dari Isnin hingga Jumaat.

“Selain itu, kakitangan juga wajib memperdengarkan nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada pukul 10 pagi setiap hari Isnin dan perlu berdiri hormat ketika lagu tersebut dimainkan,” katanya.

Tambahnya lagi, kakitangan juga tidak boleh membawa masuk telefon bimbit ke dalam mesyuarat terutama membabitkan mesyuarat yang bertaraf rahsia dan sulit yang dipengerusikannya bagi memastikan kerahsiaan maklumat kerajaan terperlihara. K Online

Penjawat awam di Melaka wajib baca Al-Fatihah sebelum mesyuarat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker