Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta

Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta

Bakal berdepan sebutan pertama saman dikemukakan Awesome TV pada 16 Januari ini, penerbit dan pemilik syarikat Pencil Pictures Sdn. Bhd., Datuk Ayu Puteh menegaskan tidak berdiam diri malah akan bangkit melawan demi mendapatkan keadilan.

Dakwa Ayu atau Normashayu Puteh, bukan sahaja dirinya teraniaya tetapi semua yang tellibat dalam penerbitan drama Di Sebalik Dia yang ditayangkan di stesen TV berkenaan.

“Saya akan terus berjuang kerana ini bukan hak saya seorang, sebaliknya juga periuk nasi orang lain.

“Selaku timbalan presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia dan juga biro cetak rompak, saya harus ke depan agar yang lain dapat ikut jejak yang sama. Jika tak lawan, apa nasib penerbit lain? ” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Awesome TV sebelum ini mendakwa Pencil Pictures Sdn. Bhd. gagal melunaskan syarat kontrak penerbitan drama telah memfailkan saman bernilai RM142 juta terhadap syarikat berkenaan Mac tahun lalu.

Ayu dalam reaksinya kepada media sebelum ini menyifatkan tindakan (saman) itu sebagai keterlaluan kerana syarikat penyiaran tersebut masih belum menjelaskan bayaran penuh drama 26 episod berkenaan.

Kes itu bagaimanapun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana kadar saman difailkan melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Dalam pada itu, Ayu bersyukur kerana rezekinya tidak putus meskipun menanggung hutang yang banyak akibat isu berkenaan.

“Orang yang menganiaya saya hidupnya seperti biasa makan, beli belah dan berjalan sana sini. Mungkin sudah biasa menganiaya orang sehingga tidak rasa apa-apa.

“Alhamdulillah Allah tidak putus beri rezeki kepada saya. Dengan tawaran diberikan tahun lalu saya bayar semua
hutang secara berperingkat.

“Tahun 2024, jadual saya penuh kerana kami telah menerima tawaran menghasilkan drama untuk syarikat penyiaran over-the-top serta dirisik oleh dua stesen televisyen yang percaya kepada naskhah yang kami hasilkan,” tambahnya. Utusan

Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker