MP Labuan pula isytihar sokong Anwar

MP Labuan pula isytihar sokong Anwar

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman daripada Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan kos sara hidup semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik berterusan.



Suhaili turut menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Mohd Noor.

“Bagi mengelak sebarang keraguan, saya ingin menegaskan bahawa dengan menyatakan sokongan saya kepada kepimpinan perdana menteri dan juga kepimpinan ketua menteri Sabah, saya akan terus taat, setia dan kekal sebagai Ahli Parlimen Bersatu.

“Meskipun berkemungkinan berdepan dengan risiko sebarang tindakan disiplin daripada parti, namun saya bersedia menerimanya demi memastikan kebajikan rakyat Labuan dan pengundi-pengundi di kawasan saya terbela dari terus menjadi mangsa keadaan dan ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan kerana perbalahan naratif politik seperti mana yang berlaku sekarang,” katanya.

“Saya dengan ini menyokong dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif kerajaan dalam hal-hal yang mengutamakan usaha-usaha memantapkan pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat negara ini sehingga PRU16 akan datang.”



Suhaili berkata, keputusan beliau menyokong perdana menteri adalah tanpa sebarang paksaan atau tekanan mana-mana pihak dan melakukannya dengan seikhlas hati demi kepentingan rakyat Labuan

Pada PRU15, Suhaili memperoleh 8,124 undi selepas mengalahkan Bashir Alias daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 708 undi. FMT

MP Labuan pula isytihar sokong Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker