Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik

Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik

Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan perkara itu tanpa mengulas lanjut punca sebenar bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu digugurkan.

“Urusan itu dikendalikan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

“Mestilah ada alasan (digugurkan), dalam parti kita ada disiplin. Siapa yang tidak ikut (disiplin), dia boleh ditukarkan jawatan, bertugas di tempat lain, digantung keahlian atau boleh dipecat,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Hadi berkata, pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam parti itu sama ada diberhenti atau ditukarkan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS yang diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, kelmarin, katanya.

Pada 23 Nov lalu, Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin PAS yang dilantik semula sebagai AJK bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti itu di samping Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz. FMT

Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker