Gaji puluh ribu masih B40, mai kot mana, Anwar bidas wakil rakyat PN

Gaji puluh ribu masih B40, mai kot mana, Anwar bidas wakil rakyat PN

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan usaha kerajaan memperbaiki dasar negara termasuk penyasaran subsidi dan skim pencen.

Bercakap pada perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan, Anwar berkata beliau kecewa kerana usaha kerajaan itu dikaitkan dengan dakwaan ada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kini tergolong dalam kumpulan B40 kerana tidak mendapat peruntukan.

“Ada Ahli Parlimen (pembangkang) kata kenapa nak perubahan, bila (kita buat) penyasaran subsidi dan perubahan sistem pencen, dia (pembangkang) kata tak boleh kerana Ahli Parlimen ada yang B40.

“Cakap apa itu? Gaji puluh ribu dengan elaun, masih B40. Dia (pembangkang) ini cakap dari benua mana?” kata Anwar yang juga menteri kewangan.

Pada 5 Mac lalu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman mendakwa ada wakil rakyat PN tergolong dalam kumpulan B40 susulan tindakan kerajaan menafikan hak peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Katanya, situasi itu berlaku disebabkan mereka terpaksa berkongsi elaun diterima dengan rakyat yang memerlukan bantuan.

Anwar berkata, walaupun kenyataan itu tidak benar sama sekali namun ia masih diterima penyokong pihak lawan.

“Hal ini ada pengaruhnya kerana mereka ada kekuatan dan sikap wala’ (patuh dan setia kepada pemimpin)…cakap bohong bagaimana pun (pengikut percaya).” FMT

Gaji puluh ribu masih B40, mai kot mana, Anwar bidas wakil rakyat PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker