Menteri Bersatu yang tolak pengeluaran KWSP i-Citra – Najib

Menteri Bersatu yang tolak pengeluaran KWSP i-Citra – Najib

Najib Razak mendakwa beberapa menteri daripada Bersatu membantah pengeluaran i-Citra RM10,000 daripada akaun pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Najib berkata, perkara itu telah dibawa dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk dibincangkan, bagaimanapun dibantah beberapa menteri termasuk Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.



“Sebab itu, ia tidak berjaya diluluskan oleh Kabinet sebab sokongan kepada PM9 daripada PN adalah bersyarat,” kata Najib di Facebook.

Najib mengulas sokongan Ketua Pemuda PN Ahmad Fadli Shaari terhadap pengeluaran i-Citra RM10,000 bagi pencarum yang terjejas.

Fadhli dalam kenyataan hari ini mempersoalkan mengapa Ismail dan Umno masih belum membenarkan pengeluaran itu.

Mengulas lanjut, Najib berkata, Ismail tidak seharusnya dipersalahkan kerana ia merupakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno semasa menyokongnya sebagai Perdana Menteri.



“Saya gembira melihat Ketua Penerangan PN telah mengulang sokongan terhadap pengeluaran terakhir KWSP RM10,000 bagi pencarum hari ini,” kata Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu turut memetik sokongan Bersatu kepada Ismail adalah bersyarat kerana pelantikan Perdana Menteri partinya, bukan Umno.

Menurut Najib, Ismail merupakan Perdana Menteri yang dipilih oleh PN dan Bersatu maka beliau menggesa supaya Ketua Penerangan PN meminta menteri bawah gabungan itu menyokong pengeluaran i-Citra.

“Memandangkan PN telah pun kata sokongan bagi PM9 adalah bersyarat dan dia memang calon PN sebagai Perdana Menteri maka saya harap Ketua Penerangan PN akan suruh menteri-menteri PN yang pernah membantah sebelum ini untuk buat pusingan U dan sokong permintaan i-Citra RM10,000 kali terakhir ini pula,” kata Najib. FMT



Menteri Bersatu yang tolak pengeluaran KWSP i-Citra – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha



Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker