Jangan sentuh keluarga saya – Zii Jia

Jangan sentuh keluarga saya – Zii Jia

Hangzhou: Walaupun bergelut dengan aksi tidak konsisten, pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua di Sukan Asia Hangzhou.

Hari ini, pemain nombor 16 dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long 15-21, 21-15, 21-16 dalam perlawanan yang berlangsung selama 62 minit di Stadium Binjiang.



Kemenangan itu menjadi dorongan besar buat pemain kelahiran Kedah berusia 25 tahun itu, yang tidak pernah mengalahkan Angus sejak Terbuka Jerman 2019.

Pusingan kedua sepatutnya menjadi cabaran buat bekas juara All England itu, memandangkan lawannya yang seterusnya ialah Mourinho Gusmao de Jesus dari Timor Leste yang kurang dikenali.

Mourinho menerima mendapat bye di pusingan pertama.

“Saya sangat gembira kerana ini satu kejayaan buat saya selepas tewas kepada Angus dalam beberapa pertemuan terakhir (empat perlawanan).



“Saya sudah melupakan kekecewaan acara berpasukan minggu lalu kerana kami perlu bersikap profesional dan bergerak ke hadapan.

“Saya perlu mengambil peluang ini dan memanfaatkan momentum. Kadang-kadang seperti itu, kalau bukan hari anda, memang tidak akan menyebelahi anda,” kata Zii Jia yang juga antara pemain Malaysia tidak dapat memberikan mata dalam kekalahan 1-3 kepada Korea Selatan pada pusingan pertama acara berpasukan lelaki, minggu lalu.

Dalam pada itu, memandangkan semua laporan negatif media terhadapnya baru-baru ini, bekas pemain nombor dua dunia itu memberitahu pemberita: “Saya mahu berkongsi sesuatu.

“Sejak saya meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), terdapat banyak perkara yang diperkatakan mengenai saya, ada yang benar dan ada yang tidak.



“Saya tahu ini adalah tugas media dan saya tidak boleh menghalang sesiapa daripada melaporkan perkara yang mereka mahukan.

“Tetapi apa yang saya ingin katakan ialah jangan sentuh keluarga saya dan orang yang saya sayang. Kalau awak melepasi garisan tu, saya akan kejar awak,” tambah Zii Jia. HM

Jangan sentuh keluarga saya – Zii Jia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker