Biro Politik tentukan keputusan Pas mahu kekalkan UMNO sebagai rakan Ta’awun

Biro Politik tentukan keputusan Pas mahu
kekalkan UMNO sebagai rakan Ta’awun

UMNO menyerahkan kepada Biro Politik parti untuk menentukan sebarang keputusan mengenai jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mahu mengekalkan UMNO sebagai rakan Ta’awun.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang memiliki struktur dan organisasi.



Disebabkan itu, kata beliau, sebarang keputusan perlu berbalik kepada keputusan yang akan dibuat oleh parti.

“Dalam UMNO ni ada Biro Politik, keduanya ada Majlis Tertinggi (MT). Jadi, normal proses yang berlaku tu dia pergi ke situlah, berbincang dan lepas tu kalau Biro Politik nampak macam positif boleh diangkat untuk keputusan Majlis Tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Hadir sama pada Majlis itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.



Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mengumumkan untuk terus konsisten dan komited dengan agenda Penyatuan Ummah yang menjadi paksi utama kepada perpaduan nasional di antara orang Melayu-Islam, kaum Bumiputra dan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Ia termasuk mengekalkan semua pihak yang bernaung di bawah gagasan Penyatuan Ummah termasuk UMNO sebagai Rakan Ta’awun terutama dalam membina negara yang baik, selaras dengan tuntutan Allah.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh parti merupakan tertib dan ia merupakan proses yang biasa berlaku.

“Jadi, saya tak mahu membuat apa-apa kesimpulan atau apa-apa perkara yang berkaitan…tapi apa yang boleh dikatakan proses biasa itu boleh berlaku…maknanya kita boleh bawa balik ke biro politik, bincang lepas tu kalau ada apa-apa kita bawalah kepada Majlis Tertinggi,” tambahnya.



Sementara itu, ketika ditanya sama ada tarikh pilihan raya sudah diketahui oleh pemimpin parti, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, ia merupakan keputusan yang hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.

Katanya, UMNO tidak pernah membincangkan mengenai tarikh pilihan raya meskipun beliau sendiri merupakan anggota Kabinet.

“Biarlah Perdana Menteri yang putuskan, jadi kalau dia ada buat keputusan kita ikutlah,” tambahnya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, beliau belum berbincang dengan ‘Top Five’ UMNO berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Katanya, selepas berbincang dengan ‘Top Five’, baharulah beliau akan berbincang dengan parti MCA dan MIC serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain. MG

Biro Politik tentukan keputusan Pas mahu kekalkan UMNO sebagai rakan Ta’awun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami



Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker