Anwar: Tindakan polis demi pertahan kedaulatan Raja-Raja Melayu

Sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghina institusi diraja dibuat bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tindakan itu diambil bagi memberi keadilan kepada Raja-Raja yang mempunyai kedudukan tinggi melangkaui sempadan politik dan tidak wajar mereka diheret ke dalam kancah politik.

“Bila menyentuh kedudukan Raja-Raja, itu keputusan Raja-Raja supaya tindakan diambil kerana kita harus berlaku adil kepada mereka. Raja-Raja tak boleh jawab di Parlimen, Raja-Raja tak boleh jawab dalam media, dalam perbahasan biasa.



“Ada perbincangan dengan Raja-Raja dan mereka (Raja-Raja) ada asas… jangan heret mereka (Raja-Raja) dalam gelanggang politik kerana tidak adil.

“Oleh demikian kita jelaskan kepada polis ambil tindakan. Kalau kritik kerajaan dan perdana menteri, saya tak mahu akta hasutan digunakan tetapi kalau sentuh Raja-Raja itu terserah.

…dan Raja-Raja telah maklumkan kepada Peguam Negara, dah maklum kepada polis dan perdana menteri bahawa mereka tidak mahu diheret dalam perbincangan politik,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar turut menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung tindakan yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.



Beliau berkata laporan polis itu dibuat oleh Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhammad Sanusi (gambar, bawah) dalam satu ceramah beliau di Selangor itu dianggap menghina Institusi Diraja Selangor.

“Dalam kes umpamanya (Sultan) Selangor itu laporan daripada Dewan Diraja Selangor, bukan laporan daripada saya atau peguam negara ambil tindakan berdasarkan laporan kita atau Sultan Selangor titahkan sedemikan.

“Kalau dengar pandangan pembangkang terutama Perikatan Nasional, dia seolah mengetepikan hal ini dan ia dianggap zalim terhadap Sultan Selangor,” katanya.

Anwar berkata tindakan yang sama juga diambil terhadap Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan menerusi ceramahnya di Muar pada 26 Ogos lepas.



Justeru Anwar sekali lagi mengingatkan semua pihak untuk tindak menyentuh isu berkenaan agama, institusi diraja dan kaum (3R) kerana tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang mengambil kesempatan memainkan isu berkenaan.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?



Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker