Budak lelaki 11 tahun maut ditetak rakan bapa tiri di Felda Sahabat

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas ditetak rakan kepada bapa tiri di halaman rumahnya di Perumahan Pekerja Felda Sahabat 3.00 pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa kanak-kanak lelaki warga asing berusia 11 tahun itu ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya bersama suspek kerana keluar bekerja sebagai Pekerja Am di ladang kelapa sawit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian
sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu untuk menjalankan siasatan.



“Siasatan di tempat kejadian menemui mayat kanak-kanak lelaki terbabit dalam keadaan berlumuran darah.

“Terdapat kesan tetakan oleh objek tajam dipercayai parang pada bahagian belakang kepala, hadapan dan belakang leher serta putus tapak tangan kiri mangsa.

“Polis kini sedang giat mengesan suspek iaitu seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai Paulus Poka Lolo berusia 33 tahun dan bekerja sebagai Pekerja Am di ladang kelapa sawit sama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Rohan berkata, siasatan mendapati suspek adalah rakan kepada bapa tiri mangsa yang melarikan diri selepas kejadian serta motif masih belum dikenal pasti.



“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker