Anggota polis cedera digigit

Anggota polis cedera digigit

TANGKAK: Seorang anggota polis cedera di lengan kanannya akibat digigit seorang lelaki di stesen minyak di Bukit Gambir dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd Fadhil Minhat, berkata kejadian berlaku pada jam 1.00 petang ketika pihak polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki berusia 33 tahun.



“Suspek berkenaan didapati terbabit secara langsung membuat kacau ganggu di premis pam minyak berkenaan.

“Ketika tangkapan dilakukan, suspek cuba untuk meloloskan diri dengan menggigit lengan anggota polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek, dia didapati positif dadah jenis methaphetamine.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).



“Siasatan dan rakaman percakapan akan dijalankan ke atas tangkapan yang terbabit dalam kes berkenaan,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

“Jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. BH

Anggota polis cedera digigit




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman



Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker