Hari Terakhir Di PPZ-MAIWP, Syed Ali Digelar Pahlawan

 

Hari terakhir di PPZ-MAIWP, Syed Ali digelar pahlawan

KUALA LUMPUR: Dua tahun menggalas tugas sebagai Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), semalam merupakan hari terakhir Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memegang jawatan tersebut.



Di akhir perkhidmatan beliau, Pengerusi MAIWP Datuk Mohd Daud Bakar menyifatkan Syed Ali sebagai seorang pemimpin yang amanah dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas diberikan.

“Tiada kata boleh diucapkan kepada beliau. Syed Ali seorang sahabat saya, pemimpin yang hebat, beliau rakan dan guru kepada saya.

“Bagi saya, beliau adalah seorang pahlawan,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Datuk Seri Syed Ali Alhabshee di Dewan Utama PPZ-MAIWP, di sini, semalam.

Turut hadir di majlis tersebut, bekas Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Nizam Yahya.



Sementara itu, Syed Ali dalam ucapannya pula berkata, beliau telah melakukan yang terbaik untuk PPZ-MAIWP demi tanggungjawab yang diamanahkan.

“Sebagaimana saya berkhidmat secara percuma di PPZ-MAIWP selama dua tahun, selepas ini saya juga bersedia membantu.

“Bantuan yang akan saya sampaikan selepas ini juga secara percuma dalam memastikan sasaran kutipan zakat mencecah RM1 bilion dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang, mampu dicapai,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh tenaga kerja PPZ dan pengurusan MAIWP yang banyak membantunya sepanjang perkhidmatan.-AA



Hari terakhir di PPZ-MAIWP, Syed Ali digelar pahlawan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker