Amaran cuaca buruk di 9 negeri petang ini

Amaran cuaca buruk di 9 negeri petang ini

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan tersebut diramalkan berlanjutan sehingga pukul 7 malam nanti.



“Di Perak melibatkan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron dan Rompin.

“Selain itu, di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang serta keseluruhan kawasan Kuala Lumpur,” katanya.

Turut terlibat, iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan termasuk keseluruhan kawasan di Melaka.

“Di Johor pula, keadaan sama dijangka berlaku membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.



“Dalam pada itu, di Sarawak melibatkan Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis) manakala di Sabah membabitkan di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar,” ujarnya. K Online

Amaran cuaca buruk di 9 negeri petang ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker