Saya sudah cuba… Tapi gagal – Mawar Rashid

KUALA LUMPUR: “Saya sudah cuba… Tapi gagal. Saya minta maaf.”

Demikian kapsyen dikongsi pelakon, Mawar Rashid mengiringi foto dirinya tanpa hijab yang dimuat naik di Instagram (IG), awal pagi tadi.

Melalui hantaran jam 2.25 pagi itu, Mawar, 28, memohon maaf dan mengaku dirinya gagal untuk terus istiqamah bertudung.

Pelakon filem Bu Kasih Suci itu turut menutup ruangan komen.

Tidak cukup itu, aktres kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga memuat naik foto di IG Story berbunyi:

“Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila mental saya sudah bersedia. Saya sentiasa sayangkan anda.”

Mawar atau nama sebenar, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid membuat keputusan berhijab pada 17 Ogos 2020 sempena Maal Hijrah.

Ketika itu, Mawar dilaporkan berkata, suaminya, Raf Yaakob antara individu paling gembira dengan keputusannya bertudung.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafeal, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya.

Mawar Rashid juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker