Lima rentung nahas dekat Terowong Menora

Kebakaran kereta dan treler muatan besi yang mengorbankan lima individu di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora di sini

KUALA KANGSAR – Lima individu rentung selepas kereta yang dinaiki terbakar dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora di sini, tengah malam tadi.

Identiti mangsa yang terkorban itu bagaimanapun belum dikenal pasti setakat ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.52 tengah malam.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kenderaan dinaiki mangsa dengan sebuah treler membawa muatan besi.

“Kereta dinaiki mangsa dan treler 20 tan itu masing-masing terbakar 90 peratus. Mangsa yang terperangkap di dalam kereta disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Pemandu treler bagaimanapun terselamat dan operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap kini sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa turut dibantu BBP Meru Raya, BBP Ipoh dan BBP Kamunting. -KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker