Sanusi kena bayar RM120,000 ganti rugi kepada Mahfuz

Sanusi kena bayar RM120,000 ganti rugi kepada Mahfuz

Makhamah Rayuan hari ini menolak rayuan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor untuk mengetepikan saman fitnah dikemukakan Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar.

Peguam Mahfuz, Noorazmir Zakaria, berkata barisan panel hakim di Mahkamah Rayuan juga menerima rayuan pihaknya agar jumlah ganti rugi yang ditetapkan mahkamah tinggi dinaikkan.



“Di peringkat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini jumlah ganti rugi diperintahkan terhadap Sanusi ialah RM50,000.

“Susulan rayuan kes dibuat Sanusi ke Mahkamah Rayuan, anak guam kami memohon agar jumlah ganti rugi dinaikkan dan alhamdulillah kenaikkan itu dibenarkan menjadi RM120,000,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu prosiding rayuan itu berlangsung secara atas talian di hadapan hakim Vazeer Alam Mydin Meera yang bertindak sebagai ketua, serta Mariana Yahya dan Wong Kian Kheong.

Muhammad Sanusi pula diwakili peguam Yusfarizal Yussoff.



Saman fitnah dikemukan bekas anggota Parlimen Pokok Sena itu difailkan pada 9 Okt 2019 berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019.

Melalui hantaran tersebut Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS Pusat mengaitkan Mahfuz – selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena – dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan terbabit.

Mahfuz juga mendakwa Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019 yang memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan kedai Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif.

Dalam penghakiman, Vazeer berkata tiada kesilapan dibuat hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam penemuannya mengenai liabiliti.



Pada masa sama dia berpendapat kuantum ganti rugi yang diberikan kepada Mahfuz oleh mahkamah tinggi terbabit adalah rendah.

Vazeer turut mengarahkan Sanusi membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada Mahfuz.

Sanusi kena bayar RM120,000 ganti rugi kepada Mahfuz

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker