Bekerjasama dengan PH dan DAP, perwakilan didakwa terima penjelasan Zahid

Lebih 3,000 perwakilan Umno hari ini sebulat suara menerima ketetapan parti itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Johari Ghani berkata perkara itu dizahirkan semua perwakilan dalam sesi taklimat khas presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, petang tadi.

“Semua perwakilan terima sebulat suara kerajaan perpaduan,” katanya selepas menghadiri taklimat khas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, sebentar tadi.



Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata Ahmad Zahid akan menyampaikan taklimat bagi memberi pemahaman dan makluman kepada perwakilan yang hadir mengenai kerajaan perpaduan dan alasan Umno-BN menyertainya.

Taklimat yang bermula sekitar 2.30 petang itu bagaimanapun diadakan secara tertutup.

Dalam pertemuan lebih dua jam itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan yang ditemui berkata Ahmad Zahid telah memberikan kronologi persitiwa pilihan raya umum (PRU) ke-15 lalu.

“Beliau (Ahmad Zahid) juga mengajak ahli Umno supaya tak terlalu pesimistik dalam menghadapi cabaran politik di tahun mendatang ini, terutamanya dalam PRN yang bakal dihadapi dan bersifat optimistik.



“Dia juga menggariskan kekuatan BN dan PH akan membuahkan formula baru untuk negara,” katanya.

Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir pula berkata presiden Umno telah memberikan penjelasan dengan baik berhubung apa yang berlaku kepada parti dan semua pihak menerimanya.

“Presiden buat penjelasan dengan baik sekali kepada ahli-ahli mengenai keadaan politik semasa, hala tuju dan perkara besar berkaitan dasar parti akan dijelaskan dalam ucapan dasar beliau pada Jumaat,” katanya ringkas.

Sementara itu, Ahli MKT Umno Ahmad Shabery Cheek turut menyatakan perkara yang sama di mana semua perwakilan memberi reaksi yang baik kepada taklimat presiden.



“Saya rasa pada keseluruhannya (taklimat) mendapat reaksi yang baik, sambutan yang begitu mantap sekali daripada perwakilan yang hadir pada mesyuarat khas pada kali ini,” katanya ringkas.

Sementara itu difahamkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob antara pimpinan tertinggi Umno yang tidak kelihatan pada sesi taklimat presiden petang tadi.

Perkongsian di grup Whatsapp media Ismail memaklumkan bahawa ahli parlimen Bera itu melawat anak saudaranya yang kritikal di Hospital Kuala Lumpur selepas terbabit kemalangan jalan raya.

Difahamkan hanya dua naib presiden sahaja kelihatan hadir di dalam majlis pembukaan PAU2022 itu iaitu Mahdzir Khalid dan Mohamed Khaled Nordin.



Turut tidak kelihatan adalah Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, Shabery ketika diminta mengulas ketidakhadiran pemimpin terbabit sekadar berkata: “Saya tak pasti tentang kenapa beliau tidak hadir tapi saya percaya beliau ada sebab-sebab tertentu.”

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker