Saya masih bujang kerana terlampau tegas – Inspektor Sheila
Saya masih bujang kerana terlampau tegas – Inspektor Sheila
Oleh kerana perwatakannya yang tegas sebagai seorang pegawai polis wanita, ‘Inspektor Sheila’ yang tular di media sosial sejak dua minggu lalu, mengakui dirinya masih belum berpunya.
“Saya masih bujang kerana terlampau tegas…tidak banyak lelaki sukakannya,” katanya berseloroh ketika menjawab soalan pemberita di Mahkamah Selayang, hari ini.
Beliau ditemui selepas didakwa dengan tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kesopanan tiga individu, termasuk seorang anggota polis di Mahkamah Majistret, hari ini.
Malah, ‘Inspektor Sheila’ atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, mengakui cara percakapannya memang dalam nada yang tegas.
“Suara saya memang begini. Cuba tanya penduduk di Petaling Jaya, Inspektor Sheila ini memang tegas orangnya.
“Ketua saya selalu menghantar saya untuk memberikan ceramah, saya sudah berkhidmat dari tahun 2017 hingga tahun 2022. Berapa banyak ceramah dalam bahasa Inggeris, berapa banyak dalam bahasa Melayu yang saya berikan.
“Cuba tanya penduduk di Petaling Jaya, Inspektor Sheila ini dia memang orang yang suka ikut prosedur. Saya bukan seorang yang suka cakap mengarut.
“Saya tidak ambil rasuah, tidak akan berkompromi untuk mengurangkan seksyen dalam tuduhan tetapi banyak orang cuba merasuah saya,” katanya.
Pagi tadi, Sheila mengaku tidak bersalah mengugut seorang wanita berusia 69 tahun, dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dia juga mengaku tidak bersalah menghina kesopanan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan berkata: “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu” mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sheila turut membuat pengakuan sama terhadap tuduhan menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak, dengan maksud mengaibkan kehormatannya, juga mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. BH
Saya masih bujang kerana terlampau tegas – Inspektor Sheila
Baca Artikel Menarik:
- Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
- Tiada dalil wajib sokong PAS dalam Quran – Khairuddin
- Mati ‘disedut’ enjin pesawat
- Inspektor Sheila didakwa mengugut, mengaibkan kehormatan
- Anak istimewa Adi Putra baca doa mengundang sebak
- Cik Pia Dedah Boss Kay (Video)
- Tragedi Kapal Selam Titan: Anak billionair Pakistan tidak mahu ikut awalnya kerana ‘rasa’ sesuatu
- Isteri kecewa, suami baik umpama malaikat dengan keluarga sanggup langgan pelacur
- Kenyataan Mohd Amar lebih teruk dari Anwar tapi elok minta maaf saja
- Tony Pua terima balasan, DAP tidak calonkannya dalam PRN
- Fiza Halim kena tegur lagi
- Jiggy, Dhabitah manis bersemut
- Wanita bukan Islam berseluar pendek di Kelantan dikompaun
- Ahmad Fadhli tahu kaki DAP basah kerana pernah bersama – Shahrir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET