Zara Zya Sudah Penat Dengan Soalan Netizen Sehingga Menggores Hatinya

Zara Zya Sudah Penat Dengan Soalan Netizen Sehingga Menggores Hatinya

Zara Zya Sudah Penat Dengan Soalan Netizen Sehingga Menggores Hatinya
Zara Zya Sudah Penat Dengan Soalan Netizen Sehingga Menggores Hatinya

Pelakon Zara Zya, sudah penat dengan soalan yang dtinggalkan oleh warga netizen sehingga menggores hatinya.

Zara Zya terkilan dengan perbuatan itu sehingga buat pertama kalinya menitiskan air mata ketika sedang melakukan ‘live’ di TikTok.

Menurut pelakon yang berumur 37 tahun itu, dia mengambil langkah untuk menjauhkan diri daripada orang ramai selepas semua perkara yang dilakukannya dikecam oleh netizen.



Pagi-pagi mungkin mereka membuka mata untuk menyakiti hati orang lain. Tak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri, tapi ada orang yang buka mata untuk mengecam.

Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya ambil pendekatan untuk tidak peduli, tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini jadi sensitif sangat. Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi percakapan itu mengguris hati saya.


Baca Artikel Menarik:

Emma Maembong ” tak koyak dan tak kena jahit”




Contohnya seperti tanya tiada orang yang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang akhir-akhir ini menyinggung saya.

Saya gembira saja dengan hidup saya, namun apabila dihakimi dari atas sehingga ke bawah membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar.

Zara ditemui pada Rabu ketika majlis Aidilfitri Civicas Network & Meerqeen berkata segala kata negatif yang diberikan kepadanya memberikan impak kepada kesihatan mentalnya.

Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang. Sehinggakan saya patah semangat untuk membuat ‘live’ dan keluar berada di tempat awam.  Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja.



Sukar untuk saya jelaskan, namun saya mengambil solusi tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah itu. Malah, saya juga sudah dua bulan berehat daripada berlakon.


Baca Artikel Menarik:

Caprice Komen Isu Coldplay Sokong LGBT?


Mungkin selama ini orang sering melihat saya sering ketawa dan sebagainya, namun saya sendiri tidak sangka impaknya sebegini. Mungkin juga masa itu kurang sesuai.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker