Apa kesan akta antilompat parti pada MP PN sokong Anwar?

Apa kesan akta antilompat parti pada MP PN sokong Anwar?

Tindakan dua ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menimbulkan persoalan tentang mekanisme akta antilompat parti negara dan sama ada ia berkesan.

Ini kerana di bawah peruntukan antilompat parti di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli parlimen tidak secara automatik kehilangan kerusi kerana menyokong perdana menteri yang bukan daripada parti mereka.



Di bawah Perkara 49A, ahli parlimen yang dipilih sebagai ahli parti hanya akan kehilangan kerusi jika mereka berhenti menjadi ahli parti itu.

Bagaimanapun, ahli parlimen yang dipecat daripada parti mereka, dikecualikan daripada kehilangan kerusi.

Ini ditegaskan oleh bekas menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika peruntukan antilompat parti dibahaskan di Parlimen pada Julai 2022.

“Beri sokongan pada parti politik lain yang tak diwakilinya tak dianggap bertukar parti kerana masih jadi ahli parti politik diwakilinya,” katanya.



Situasi ini terpakai pada kes Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, yang kedua-duanya mengumumkan sokongan kepada Anwar – yang merupakan presiden PKR – meski kekal dengan Bersatu.

Kedua-duanya berkata mereka menyokong Anwar bagi mendapatkan peruntukan untuk kawasan mereka.

Beberapa pihak bertindak menangani ‘kelompongan’ ini dengan meminda perlembagaan parti mereka, menetapkan ahli parlimen yang tidak mengikut pendirian parti dianggap telah “meletak jawatan” – sekali gus mencetuskan akta antilompat parti.

Bagaimanapun, Bersatu belum lagi memperkenalkan klausa sedemikian ke dalam peraturan parti.



Walaupun ia berlaku, terdapat persoalan tentang sama ada klausa sedemikian akan bertahan jika dibawa ke mahkamah, dan sama ada “peletakan jawatan automatik” tidak dianggap sebagai pemecatan.

Ini bermakna walaupun Bersatu mengambil tindakan tatatertib atau memecat Iskandar dan Suhaili – yang merupakan ahli majlis tertinggi parti – mereka akan kekal sebagai ahli parlimen.

Pengundi ahli parlimen berkenaan yang tidak bersetuju juga tiada jalan untuk menghalang tindakan wakil rakyat mereka.

Negara perlu memperkenalkan Pilihan Raya Pecat, yang akan membolehkan pengundi memulakan tindakan untuk mencetuskan pilihan raya kecil.



Perlu diingatkan PN menang dengan kurang daripada 50 peratus undi di Kuala Kangsar (40.2 peratus) dan Labuan (28.6 peratus) disebabkan sistem pemenang undi terbanyak (first past the post electoral). Mk

Apa kesan akta antilompat parti pada MP PN sokong Anwar?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker