Penyamun lif ditahan polis

Penyamun lif ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyamun seorang remaja di dalam lif di sebuah pangsapuri di Johor Bahru pada Ahad lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata, suspek itu ditangkap selepas remaja lelaki berusia 14 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu, lapor Harian Metro.



Katanya, susulan laporan itu suspek yang berusia 44 ditahan di sebuah rumah di pangsapuri yang sama pada jam 11 pagi semalam.

“Bertindak atas maklumat, ketua balai bersama anggota Balai Polis Majidee membuat serbuan di sebuah unit pangsapuri di daerah ini, dan menangkap suspek lelaki berkenaan.

“Polis turut merampas telefon bimbit, sehelai seluar dan sepasang kasut,” katanya yang memberitahu suspek mempunyai rekod empat kes jenayah dan tiga kes dadah.

Menurutnya, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.



Semalam, tular sebuah video berdurasi 32 saat memaparkan seorang lelaki yang memakai topi keledar menyamun seorang remaja di dalam lif. FMT

Penyamun lif ditahan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker