Cubaan gulingkan ‘Kerajaan Perpaduan’, Tok Mat sahkan tiada pemimpin BN terlibat

 

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ada kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang cuba ‘menggulingkan’ Kerajaan Perpaduan.

Mohamad berkata, dakwaan itu sengaja diwujudkan pihak berkenaan bagi memporak-perandakan kerajaan sedia ada yang dibentuk hasil gabungan pelbagai parti.

Jelasnya, untuk menumbangkan kerajaan sekarang agak sukar kerana Akta Lompat Parti telah berkuatkuasa dan mana-mana Ahli Parlimen yang mahu menyokong parti lain perlu meletakkan jawatan dan pilihan raya kecil perlu diadakan

“Setakat ini, setahu saya bagi pihak (BN) kami tiada apa-apa usaha atau ura-ura dilakukan untuk memporak-perandakan kerajaan sedia ada kerana ia adalah janji BN untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“Kerajaan kini juga mempunyai majoriti yang agak besar sebanyak 148 kerusi dan untuk ditumbangkan ia satu perkara yang agak sukar.

“Lebih baik kita cari cara bagaimana nak uruskan negara dengan baik dan rakyat mendapat pembelaan serta kerajaan dapat diuruskan dengan sebaik mungkin,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka, Kementerian Pertahanan dan Kem Kementah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Faiz Na’aman yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) telah mendapat sokongan 126 ahli parlimen untuk membentuk kerajaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker