Covid-19: Lima taman awam di Sungai Petani ditutup

MAJLIS Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) menutup lima taman awam sebagai langkah membendung penularan Covid-19.

Yang Dipertuanya, Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata, semua taman awam itu ditutup bermula semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Taman awam terbabit adalah Taman Jubli Perak, Taman Awam Bandar Perdana, Ujana Perbandaran, Taman Rekreasi Tasik Darul Aman Perdana dan Taman Rekreasi Bukit Banyan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Khairol berkata, perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawasan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.



Untuk itu, katanya pihak berkuasa berhak mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar arahan berkenaan.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengumumkan satu lagi kluster baharu di Kedah iaitu Kluster Muda di Kuala Muda yang mempunyai tiga kes positif Covid-19 setakat ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker