Kokain ditemui dalam White House

Kokain ditemui dalam White House

Serbuk putih yang ditemui di dalam White House, yang membawa kepada penutupan sementara sebahagian kompleks presiden dikenal pasti oleh Jabatan Bomba Washington sebagai kokain, lapor Washington Post.

Perkhidmatan Rahsia mengesahkan kepada Reuters bahawa ‘barangan tidak diketahui’ ditemui yang menyebabkan sebahagian daripada Rumah Putih ditutup.



“Pada petang Ahad, Kompleks Rumah Putih melakukan penutupan sebagai langkah berjaga-jaga ketika pegawai dari Bahagian Beruniform Perkhidmatan Rahsia menyiasat barangan yang tidak diketahui ditemui di dalam kawasan kerja,” kata Jurucakap Perkhidmatan Rahsia dalam satu kenyataan melalui e-mel.

Barangan itu ditemui di bahagian sayap Barat, kata jurucakap itu. Sayap Barat ialah kawasan yang bersambung dengan rumah agam eksekutif tempat presiden tinggal, termasuk Pejabat Oval, bilik kabinet dan kawasan akhbar bersama dengan pejabat dan ruang kerja untuk penasihat dan kakitangan presiden.

Presiden Joe Biden tidak berada di Rumah Putih pada waktu itu. Ratusan orang yang bekerja keluar masuk atau datang melalui Sayap Barat Rumah Putih dengan kerap.

“Jabatan Bomba DC dipanggil untuk menilai dan dengan cepat memaklumkan barangan itu tidak berbahaya.



“Siasatan mengenai punca dan cara bahan itu memasuki Rumah Putih dilakukan,” tambah jurucakap Perkhidmatan Rahsia.

Terdapat “penyiasatan mengenai punca dan cara” bagaimana bahan itu memasuki Rumah Putih, kata jurucakap itu.

The Washington Post melaporkan ‘seorang anggota bomba dengan pasukan bahan berbahaya Jabatan DC menyiarkan hasil ujian’ bahan itu, memetik pangkalan data dalam talian komunikasi responden kecemasan.

Kiriman radio itu berkata ‘kami mempunyai bar kuning yang menyatakan kokain hidroklorida’.



Dua ‘pegawai yang mengetahui perkara itu’ mengesahkan kepada Washington Post bahawa bahan yang ditemui di Rumah Putih adalah kokain. REUTERS

Kokain ditemui dalam White House

letak jawatan lepas kalah PRU

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker