Bomba tempuh 7 anak sungai usung wanita cedera kena pisau
Bomba tempuh 7 anak sungai usung wanita cedera kena pisau

KUCHING: Anggota bomba terpaksa menempuh tujuh anak sungai untuk menghantar seorang wanita yang mengalami kecederaan di Kampung Bestari, Kapit, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.03 tengah hari memohon bantuan untuk menghantar pesakit yang terkandas akibat banjir.
Sepasukan lapan anggota termasuk EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.
“Jarak ke rumah pesakit hanya dalam satu kilometer, namun anggota terpaksa berjalan menempuh tujuh anak sungai yang lebarnya antara 0.5 meter hingga 1.5 meter.
“Bagaimanapun, setibanya di lokasi, didapati tiada insiden banjir seperti yang dimaklumkan, namun terdapat seorang wanita berusia 22 tahun cedera di pergelangan tangan akibat terkena pisau,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Pengukuhan Parti Perlu Dilakukan Segera – Armand Azha
- Pak Mus Santuni Warga Palong, Sampaikan Sumbangan Beg Sekolah
- UMNO Perlis Perkukuh Hala Tuju, Rangka Langkah Strategik Gerak Kerja Parti
UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara
Beliau berkata, mangsa, Katrina Salleh, kemudian menerima rawatan awal daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Anggota bomba kemudian membantu mengangkat mangsa keluar dari kediaman menuju ke ambulans dan dibawa ke hospital kerana laluan yang agak sukar dilalui,” katanya.
Setibanya di jalan utama, mangsa kemudian dihantar dengan ambulans untuk menerima rawatan lanjut di hospital.
Bomba tempuh 7 anak sungai usung wanita cedera kena pisau
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesepakatan dan Semangat Kekeluargaan Asas Kukuh Perjuangan UMNO Kulai
- Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat
- PRK Kinabatangan Dan Lamag: BN Pilih Anak Muda Teruskan Legasi Bung Moktar – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU 2025: Penentu Hala Tuju UMNO Menjelang PRU16 – Sollehin
You must be logged in to post a comment.