Presiden Ukraine terselamat 3 kali dari cubaan bunuh

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy didakwa terselamat tiga cubaan bunuh yang didalangi ejen disokong Moscow pada minggu lalu.

Rancangan itu dibongkar The Times of London yang mendakwa ia cuba dilakukan tentera upahan Wagner Group milik Yevgeny Prigozhin yang merupakan sekutu kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin dan unit elit Chechen di bawah kepimpinan Ramzan Kadyrov.

“Beberapa plot itu berjaya digagalkan selepas mendapat maklumat daripada ‘pihak dalaman’ yang bekerja untuk Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) yang menentang keras kempen pencerobohan ke atas Kiev,” jelas laporan tersebut.



Perkara itu turut disahkan Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukraine, Oleksiy Danilov yang memberikan laporan sama menerusi aplikasi Telegram.

“Kami berterima kasih atas maklumat diberikan FSB yang membongkar rancangan jahat untuk menghapuskan presiden kami,” ujarnya.

Sebelum ini, Zelenskyy pernah memberi amaran ‘kumpulan pensabotaj musuh’ bergerak secara aktif di Kiev dan beliau menjadi sasaran No.1 kempen pencerobohan Rusia.

Pada Ahad, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menerusi wawancara bersama Face the Nation di CBS News menyatakan kerajaan Ukraine mempunyai pelan kontingensi jika Zelenskyy terbunuh.



“Mereka sudah ada rancangan, namun saya tidak mahu bercakap tentang perkara tersebut atau butiran tentangnya,” katanya ketika disoal sama ada Washington sedang mengusahakan pelan sementara untuk menyokong kerajaan Ukraine tanpa Zelenskyy. – Agensi

Presiden Ukraine terselamat 3 kali dari cubaan bunuh

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker