Tembakan pada bangunan Kedutaan Arab Saudi

THE HAGUE: Kedutaan Arab Saudi di sini ditembak tetapi tiada yang cedera, kata polis.

“Kira-kira 6 pagi tadi, kami menerima laporan ada tembakan pada satu bangunan di The Hague. Tiada kecederaan dilaporkan,” kata polis di Twitter.

Beberapa kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian, menurut agensi berita Belanda ANP yang memetik sumber polis.

Media tempatan turut mendakwa terdapat sekitar 20 lubang akibat puluru di bangunan itu termasuklah di tingkap. Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan, jumlah tembakan yang dilepaskan polis.

Polis juga sudah menutup kawasan itu dan pasukan forensik juga dilihat untuk melakukan siasatan.

Setakat ini motif tembakan masih belum diketahui.

Insiden itu berlaku sehari selepas letupan berlaku di kawasan peringatan Perang Dunia Pertama yang dihadiri diplomat Perancis dan ramai lagi Jeddah, Arab Saudi, yang mencederakan sekurang-kurangnya dua orang. – AFP

Kedutaan Perancis tolak memorandum Pemuda UMNO selar Macron

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker