PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun

PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun

Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak layak menyertai Barisan Nasional kerana “tabiat” bakal presidennya, Zuraida Kamaruddin, yang kerap melompat parti.

Exco Pemuda Umno Shahrul Nasrun Kamarudin, berkata pucuk pimpinan BN perlu mengambil kira tahap kesetiaan dan setiakawan Zuraida yang turut dianggapnya sebagai “pengkhianat rakyat”.



“Saya nak bertanya kepada Zuraida, sudi kah nak bersama dengan parti yang Datuk sudah cemuh dan hina sewaktu dalam PKR dan Bersatu dahulu? Sekarang bila dah dalam PBM nak bersama dengan BN pula.

“Parti yang mana satu sebenarnya yang YB (Yang Berhormat) nak? Tak penat kah asyik melompat-lompat parti mencari dahan nak bergayut? Jangan lupa YB dulu dipilih oleh rakyat di Ampang untuk menjadi wakil rakyat dan bukan wakil katak,” katanya dalam kenyataan.

Shahrul berkata, BN juga perlu berhati-hati dengan gerakan Ahli Parlimen Ampang itu yang memberi janji palsu kepada rakyat di kawasannya menerusi janji manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, Zuraida juga tidak perlu menuding jari kepada PH hanya kerana beliau sendiri telah mengkhianati gabungan itu.



“YB juga merupakan pemimpin PKR ketika itu yang menggubal “manifesto scam” dan YB juga bukan hanya khianat kepada PH tetapi mandat rakyat sebenarnya,” katanya.

Shahrul turut menyarankan kepada Zuraida supaya menyertai “khemah besar” yang didakwanya sedang dirangka PKR, DAP dan Amanah.

“Kenapa hendak bersama dengan BN? Kenapa tidak bersama ‘khemah besar’?

“Adakah kerana YB sudah melihat bagaimana kepercayaan rakyat sudah kembali kepada BN di PRN (pilihan raya negeri) Melaka dan Johor, kemudian baru lah terhegeh-hegeh hendak bersama BN,” katanya.



Hari ini, Zuraida memaklumkan PBM sudah menghantar surat permohonan untuk menyertai BN pada tiga minggu lalu.

“Jadi kita masih menunggu jawapan lagi,” katanya.

PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini

“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…



Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker