Buka komen Instagram, isteri Haqiem Rusli ‘lenjun’ dikecam

Tidak lagi berhijab

ANIS SOFEA kini berani berdepan realiti dikecam netizen apabila membuka semula ruangan komen dalam Instagramnya.

Selepas hampir sebulan membuat keputusan tidak lagi berhijab dan menutup komunikasi bersama pengikut media sosial, isteri penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea akhirnya kembali membuka ruangan komen dalam Instagram miliknya.

Tindakan wanita berusia 21 tahun itu ternyata ditunggu-tunggu netizen untuk meninggalkan komen menghentam tindakannya ‘melepaskan’ hijab sejak 1 Syawal lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Sofea, wanita kelahiran Kelantan itu berkongsi beberapa keping foto dipercayai momen ketika menghadiri rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dengan memakai baju kurung berwarna merah jambu.

Tidak lagi berhijab, Sofea yang memiliki rambut panjang dilihat tampil dengan gaya bersanggul.



Dalam ruangan komen, perkongsian Sofea dihujani dengan pelbagai nasihat dan pendapat daripada netizen yang rata-rata menganggap penampilannya tidak lagi secantik ketika dia berhijab.

Malah, ada yang menganggap wanita itu telah hilang keayuan sejak kembali membuka aurat.

“Masa pakai tudung cantik. Mungkin sebab dah buka (hiiab), seri dah hilang,” ujar seorang netizen.

“Tak lawa pun bila tak bertudung. Macam serabut tengok muka dia. Rambut tak kemas,” komen seorang pengikutnya.



Bagaimanapun, Anis tidak terlepas daripada mendapat kata-kata nasihat dan semangat daripada penyokong yang masih menyayanginya.

“Lebih baik kita bagi Fea (Sofea) semangat dan kata-kata positif. Kata-kata menyakitkan hati itu tidak membantu dia sama sekali. Hidayah milik Allah SWT,” ujar seorang peminatnya.

“Saya doakan semoga suatu hari nanti awak kembali bertudung,” ujar seorang lagi peminatnya.

Terdahulu, Sofea mengejutkan ramai pihak apabila dia bertindak memadam foto dalam Instagram miliknya.



Paling mencetuskan tanda tanya ialah dia seterusnya memuat naik foto tidak lagi memakai hijab.

Suaminya Haqiem ketika ditemui pihak media memberitahu dia tidak dapat memberikan apa-apa komen terhadap tindakan isterinya membuka hijab dan meminta supaya orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk suri hatinya.

Sofea dan Haqie disatukan sebagai suami isteri pada 19 November 2021 selepas dua tahun mengenali hati budi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker